MALAM GELISAH
Selepas terbenamnya matahari
Tirai malam berlabuh
Seombak rindu yang bergelora
Meresah kalbu
Kesepian menganggu perasaan
Tidak lena tidur ku
Terbayang aku wajah kekasih
Yang amat ku rindu
* Disepanjang malam aku gelisah
Tanpa engkau di sisi
Disepanjang malam aku gelisah
Mengingati diri mu
** Sampai bila resah ku berakhir
Menyeksa diri
Sampai bila mesti ku menunggu
Oh... kekasih ku
*** Bukan aku meminta perpisahan
Keadaan memaksa
Semakin lamanya tak bertemu
Semakin ku rindu
Ulang * hingga ***
Lagu: Ahmad Nawab
Lirik: Juwie