BILA AKU TELAH TIADA
Di saat kau terdengar berita
Bahawa aku oh telah tiada
Janganlah airmata
Engkau titiskan
Kiranya kau mempunyai waktu
Ziarahilah tanah pusara ku
Taburlah segenggam bunga
Dan juga doa
* Semuga ku kan tahu
Meskipun ku telah tiada
Namun orang yang pernah
Aku sayangi
Oh masih sudi mengenang
Diri ku ini
** Kalaulah hati mu rasa sedih
Jangan engkau berduka merintih
Cekal dan teguhkanlah
Iman mu sayang
Ulang * dan **
Setiap yang bernyawa
Kan pergi jua
Amalan masa hidup
Jadi bekalan
Lagu: Moses Vadham
Lirik: Haron Abdulmajid