Lirik Malaysia Terbaru

Berisi lirik lagu malaysia terbaru dan terlengkap

LIRIK LAGU SENARIO – SENARIO 3 (2000)



CEPAT KAYA

* Dikata-dikata
Kata boleh untung berjuta
Tiba masa bergaya
Dicuba-dicuba
Tak perlu banyak kerja
Ini niaga pasti cepat kaya
Cepat isi borang
Jangan sampai petang
Wang anda tak akan terbang melayang
Cepat cari orang
Panggil adik abang
Nanti kita banyak wang

Pemuda-pemudi pun boleh ikut sama
Pintu sentiasa terbuka
Diikat-diikat biar sampai dapat
Nanti untung aku yang sebat ha... ha... ha...

Jangan potong orang
Itu kerja senang
Jangan sampai kena serang-menyerang
Baru dapat orang belum dapat wang
Dah pandai nak tunjuk belang

*** Puas dah nak naik pangkat
Badan kini dah naik penat
Sampai cakap pun dah tak larat
Seorang pun tak masuk jerat

Puaslah sudah
Aku pujuk-pujuk dia
Naik kering anak tekak
Tapi dia tak masuk juga... hai! letih

**** Al-kisah nak jadi kaya raya
Nak mengejar wang berjuta-juta
Modalnya alahai senang saja
Cuma hanya nak cari mangsa

Kerja tak tentu masa
Niat di hati nak bantu bangsa
Pimpin isteri dukung anak
Mesyuarat merata-rata

***** Apalah nasib hai! si tulang empat kerat
Dikejar-kejar tak dapat
Tak dikejar kita merempat

Ulang ****

Ulang * dan ***

Ulang ***** dan ****

Umpan dah tak mengena
Kini masa nak guna jala
Tapi sayang masa tak kena
Sendiri terjerat jala
Apalah nasib hai! si tulang empat kerat
Dalam penjara merempat
Akibat nak kaya cepat

Ulang ****

Ulang ****

Lagu: Azmeer
Lirik: Wahid, Azlee, Zira
Lyrics: LIRIK LAGU SENARIO – SENARIO 3 (2000)
Created by lagu malaysia 99
Rating Blog 4 dari 5
Share on :